Kala kesepian jumaat pagi, ku teguhkan hati untuk sujud pada Illahi,
bukan mudah untuk bangunkn diri,
bagai sang gajah tersimpuh kaki...
Kala ketenangan jumaat pagi,
maka bertebarlah sang berung kenari,
mencari makna kehidupan sejati,
mengenal hidup sebelum mati,
Kala kesuburan jumaat pagi,
menjalar liar sang kembang seri,
berbunga ungu menarik hati,
hingga lena dibuai mimpi,
Kala kemurnian jumaat pagi,
makin tebal kegetaran iman sejati,
pabila memikirkan berakhir dunia dan bermulanya ukhrawi,
termaktub sudah kalamullah Yang Maha Terperinci,
Kala kesucian jumaat pagi,
Mataku tenang kuyup mengingatkan sepi,
sepinya Adam a.s keseorangan diri,
lalu diciptakan Maha Esa, Hawa cantik tak terperi,
Kala kehebatan jumaat pagi,
membuatku bangga seraya mensyukuri,
dijadikan syurga umat Muhammad SAW oleh Illahi,
sehingga diberi penghormatan umat pertama menjejakkan kaki,
Kala kemeriahan jumaat pagi,
ku mencari bayangan diri,
disebalik lorong hidup yang kecil ini,
mengharap tiba keredhaan Illahi.
sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan